Tarikh : 19 Mac 2022
Masa : 09.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang aplikasi paint telah tersedia dalam komputer. Peserta dapat menggunakan aplikasi paint secara percuma untuk pelbagai kegunaan.

Membimbing peserta cara membuka aplikasi paint dan secara tidak langsung dapat mendedahkan peserta kepada aplikasi yang berguna terdapat dalam komputer. Program ini dapat melatih minda peserta muda menjadi lebih kreatif dalam mencipta lukisan di dalam teknologi.

   
Aktiviti 

Memberi pengenalan kepada peserta apakah itu aplikasi Paint dan cara kegunaannya serta fungsi yang terdapat dalam aplikasi Paint.

Membimbing peserta cara membuka aplikasi Paint dan  cara menggunakannya sambil melatih peserta untuk lebih terbiasa dalam penggunaan tetikus dan papan kekunci. Membantu peserta dengan menerangkan cara menyusun membuat bentuk menarik dan mewarna lukisan mereka.

 

GAMBAR DISINI

 

 

Tarikh : 08 Mac 2022
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta cara bermain permainan Jigsaw Puzzle di atas talian.

Membimbing peserta cara membuka laman web di atas talian dengan menggunakan enjin carian internet secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan peserta cara menggunakan internet iaitu dengan menggunakan enjin carian micsoft edge. Program ini dapat melatih minda peserta muda dalam menyelesaikan permainan jigsaw puzzle.

   
Aktiviti 

Memberi pengenalan kepada peserta cara bermain permainan Jigsaw Puzzle 

Membimbing peserta cara membuka laman web permainan uji minda ini secara atas talian sambil melatih peserta untuk lebih terbiasa dengan enjin carian internet. Membantu peserta dengan menerangkan cara menyusun puzzle dengan lebih efektif.


GAMBAR DISINI

Tarikh : 19 Februari 2022
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi PEDi Kg Layout
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 

Tujuan kursus ini adalah untuk melatih dan membantu peserta mempunyai pengetahuan tentang komponen komputer dan kegunaan.

Peserta akan diberikan pendedahan tentang kegunaan komputer, fungsi komputer dengan lebih mendalam.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan berkaitan dengan komponen komputer fungsi dan cara penggunaannya.

Peserta mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang komputer.

Mampu memberikan pendedahan dan melahirkan rasa minat para peserta tentang fungsi sebenar sesebuah komputer dan cara penggunaannya yang betul.

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 03 Mac 2022
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi PEDi Kg Layout
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang laman web Hellokids.com yang dapat digunakan oleh peserta untuk mewarna di atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat dalam teknologi sambil mengasah bakat peserta bermula di usia muda.

Petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara penggunaannya

   
Aktiviti 

Peserta boleh menggunakan laman web Hellokids.com untuk mewarna secara atas talian secara percuma dan peserta diajar cara cara untuk memilih kategori dan pilihan gambar yang menarik minat peserta untuk diwarnakan

Peserta diajar cara penggunaan Hellokids.com secara lebih mendalam. Ini dapat menarik minat peserta untuk belajar dan menjadi lebih kreatif dalam penggunaan teknologi

 

GAMBAR DISINI