Tarikh : 03 Julai 2022
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 6 orang

 

Tujuan 

Memberi penerangan dan pengenalan tentang Usahawan PEDi dan Kelas Usahawanan PEDi kepada para peserta. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan Kelas Usahawan dan paltform E-Dagang iaitu Shopee. Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Para peserta diberi taklimat da pengenalan tentang Usahawan PEDi dan Kelas Usahawan yang dianjurkan di PEDi. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan di Shopee dengan adanya aplikasi tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang Shopee dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah

 

GAMBAR DI SINI

 

 

Tarikh : 18 Jun 2022
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang platform Bigseller dan cara menggunakan keywords yang pentingh. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pemasaran yang berkesan di atas talian . Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan aplikasi Bigseller dengan percuma . Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan di Shopee dengan adanya aplikasi tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang Shopee dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah

GAMBAR DI SINI

Tarikh : 12 Jun 2022
Masa : 02.00 petang - 04.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang laman web permatapintar.com untuk menjawab peperiksaan tersebut. Selain itu, peserta juga dipantau untuk mengemaskini maklumat diri dan ibu-bapa/penjaga sebelum memulakan peperiksaan tersebut. Dengan adanya kemudahan dan teknologi yang sedia ada di PEDi, peserta boleh mengakses dan menjawab peperiksaan tersebut dengan mudah

   
Aktiviti 

Peserta dibantu untuk membuka mana web permatapintar.com untuk menjawab peperiksaan tersebut. Para peserta dibantu untuk mengemaskini maklumat diri dan ibu-bapa/penjaga sebelum memulakan peperiksaan tersebut.  Di akhir kelas, para peserta menjawab kuiz dengan cekap dan betul

GAMBAR DI SINI

Tarikh : 17 Jun 2022
Masa : 02.00 petang - 04.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta untuk membuka laman web https://online.mohe.gov.my/ untuk tujuan mengemaskini maklumat selepas mendapat keputusan SPM 2021. Selain itu, peserta juga didedahkan denga  fungsi dan cara mengemaskini maklumat menggunakan laman web tersebut . Dengan adanya kemudahan dan teknologi yang sedia ada di PEDi, peserta boleh mengakses dan mengemaskini maklumat dengan mudah dan cepat

   
Aktiviti 

Peserta dibantu untuk membuka mana web https://online.mohe.gov.my/ untuk mengemaskini maklumat selepas mendapat keputusan sebenar SPM 2021. Selain itu, peserta juga dipantau untuk mengemaskini maklumat diri, ibu-bapa/penjaga dan sebagainya sebelum mengisi kos serta universiti yang diminati . Di akhir kelas, peserta dapat mengemaskini maklumat UPU dengan mudah dan cepat dengan kelajuan Internet yang tinggi

GAMBAR DI SINI

Tarikh : 07 Jun 2022
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang laman web CoolMath4Kids untuk menjawab soalan-soalan matematik dengan lebih menarik. Selain itu, peserta juga semakin cekap menggunakan tetikus kerana menjawab soalan matematik dengan permainan secara atas talian. Dengan adanya laman web pembelajaran seperti ini, para peserta lebih tertarik untuk belajar dengan kemudahan dan teknologi yang sedia ada

   
Aktiviti 

Peserta dibantu untuk membuka lama web CoolMath4Kids di Google. Para peserta diberikan masa untuk menjawab semua soalan matematik dengan masa yang diberikan. Di akhir kelas, para peserta menjawab kuiz dengan cekap dan betul

GAMBAR DI SINI