Tarikh : 05 Oktober 2022
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka Microsoft Excel di dalam komputer. Selain itu, peserta juga didedahkan cara asas menggunakan Microsoft Excel dan mencipta jadual asas seperti yang diajar. Dengan adanya software ini , ia akan meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta dalam menggunakan Microsoft Excel disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka software Microsoft Excel di dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar untuk mencipta dan menghias contoh jadual asas yang diberikan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang Microsoft Excel dan dapat digunakan untuk masa hadapan

GAMBAR DI SINI

Tarikh : 03 Oktober 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang mengisi i-Bantuan di Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk mendaftar dengan memasukkan ic dan kata laluan sebelum mengisi maklumat diri dan sebagainya . Dengan adanya teknologi sekarang, peserta lebih mudah mengakses Internet untuk mengisi sebarang bantuan secara atas talian

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar mendaftar untuk mengakses masuk ke laman sesawang tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi semua maklumat dan berjaya menghantar permohonan tersebut

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 17 September 2022
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, penulisan karangan ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui penulisan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 24 September 2022
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang platform Pengiklanan dalam FB dan cara menggunakan keywords yang penting. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pemasaran yang berkesan di atas talian . Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara mempromosikan produk secara efektif dengan menggunakan Pengiklanan dalam FB. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan FB. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang Pengiklanan di dalam FB dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 15 September 2022
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang Kuiz Hari Malaysia atas talian di Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang sejarah penubuhan di Malaysia sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti tetikus. Menerusi kuiz ini, peserta lebih bersemangat dan lebih cintakan negara.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web kuiz pembelajaran iaitu Quizziz dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara memasukkan nombor untuk menjawab kuiz secara atas talian. Dengan cara ini, ia akan menambahkan semangat patriotik dalam diri para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

GAMBAR DI SINI