Tarikh : 22 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang perbankan atas talian maybank2u. Selain itu, peserta juga dibantu untuk mendaftar secara atas talian perbankan maybank dengan mengisi maklumat kad bank dan sebagainya. Dengan adanya aplikasi maybank2u, peserta lebih mudah untuk mengakses perbankan atas talian walau di mana sahaja 

   
Aktiviti 

Peserta dibantu untuk membuka laman web www.maybank2u.com di Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mengisi semua maklumat berkaitan kad bank, maklumat diri dan sebagainyaDi akhir kelas, peserta berjaya mendaftar akaun maybank2u untuk kegunaan harian, bisnes dan sebagainya.

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 20 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, menaip surat rasmi ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui ini juga, peserta boleh mencari contoh surat di laman web google dan meningkatkan kemahiran menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan dan kerja. Di akhir kelas, peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip.

 

GAMBAR DISINI

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana menghasilkan susunan cawan yang stabil dengan menggunakan barang barang yang mudah didapati.

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan susunan cawan di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara menghasilkan susunan cawan yang tinggi dengan menggunakan bahan bahan seperti cawan, tali dan getah. Dengan adanya aktiviti ini, parapeserta dapat mengasah tahap pemikiran dan membentuk kerja berpasukan. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja apabila susunan cawan yang tinggi dan stabil dapat dihasilkan tanpa ada keruntuhan.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 19 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang laman web www.spskt1.moe.gov.my. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang cara mencari website di carian Google sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti papan kekunci dan tetikus.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web pengisian tingkatan 1 di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mengisi maklumat secara online dan menyelesaikan pengisian tersebut. Dengan cara ini, ia akan memberi pengetahuan kepada para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

 

GAMBAR DISINI

 

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana tapak tangan merdeka boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang mudah dan senang.

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan tapak tangan merdeka di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara tapak tangan merdeka dihasilkan menggunakan bahan bahan yang mudah didapati seperti kertas, pensel warna, gunting, batang aiskrim serta double tape. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana tapak tangan merdeka boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan bahan tersebut. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja apabila melihat tapak tangan merdeka yang cantik boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang mudah dan senang didapati.

GAMBAR DISINI