Tarikh : 27 Ogos 2022
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 6 orang

 

Tujuan 

Memberi penerangan dan pengenalan tentang Usahawan PEDi dan Kelas Usahawanan PEDi kepada para peserta. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan Kelas Usahawan dan paltform E-Dagang iaitu Shopee. Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Para peserta diberi taklimat da pengenalan tentang Usahawan PEDi dan Kelas Usahawan yang dianjurkan di PEDi. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan di Shopee dengan adanya aplikasi tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang Shopee dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 22 Ogos 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, penulisan novel ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui penulisan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 14 Ogos 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang kuiz kemerdekaan atas talian di Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang kemerdekaan di Malaysia sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti tetikus. Menerusi kuiz ini, perserta lebih bersemangat dan lebih cintakan negara.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web kuiz pembelajaran iaitu Quizziz dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara memasukkan nombor untuk menjawab kuiz secara atas talian. Dengan cara ini, ia akan menambahkan semangat patriotik dalam diri para peserta sekaligus meningkatakn kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 20 Ogos 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang kuiz pembelajaran secara talian. Selain itu, para peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam subjek pembelajaran yang belajar di sekolah. Dengan adanya kuiz pembelajaran secara talian, peserta-peserta mendapat pemahaman yang mendalam tentang subjek yang dipelajari dengan lebih menarik.

   
Aktiviti 

Peserta mencari latihan kuiz yang terdapat di atas talian secara percuma dan juga peserta di ajar untuk menjawab soalan tersebut sehingga selesai . Dengan adanya soalan-soalan secara atas talian begini, peserta boleh mengulang kaji pelajaran tak kira di mana sahaja dan dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 10 Ogos 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva dan kelebihan menyunting resume menggunakan templat yang disediakan di Canva. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menyunting dan menyiapkan resume dengan mudah dan cepat

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan resume beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat

GAMBAR DI SINI