SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KG LAYOUT TOK SABOH

NADI merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Kg Layout Tok Saboh menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Kg Layout Tok Saboh telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2022. Ramai telah mendaftar diri dengan PEDi Kg Layout Tok Saboh bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

 AHLI LAMA

382

 AHLI BARU BULAN JULY 2024

12
 KESELURUHAN PADA JULY 2024 394
 
 
 KENALI PETUGAS PI :
 

Untuk menjadi petugas NADI, kami harus melalui beberapa proses sebelum dilantik secara sah menjadi petugas NADI. Kami akan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dengan baik. Kenali kami :

 

 

 
PENGURUS
 
  
 
Nama : Nor Suhairah Binti Abdul Rahman
Mula berkhidmat : 15 Januari 2022
 
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
 
Nama : Norsyafiqah Najihah Binti Abd Wahab
Mula berkhidmat : 01 Februari 2024