Tarikh : 06 Disember 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Pagi
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web aplikasi pembelajaran di Google. Selain itu, peserta juga didedahkan cara menggunakan aplikasi pembelajaran tersebut. Dengan adanya kemudahan seperti capaian Internet dan kelengkapan komputer di PEDi lebih mudah untuk mereka mengakses kepada aplikasi pembelajaran yang diperkenalkan.

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web aplikasi pembelajaran di dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar untuk menggunakan aplikasi pembelajaran tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi dan menghantar maklumat yang diisi dengan mudah dan cepat.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 04 Disember 2022
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang pengisian data di atas talian menggunakan Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang kelebihan Internet sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti tetikus. Menerusi kelas ini, peserta dapat mengisi data yang diperlukan dengan mudah.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman pengisian data yang diperlukan di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mendaftar sebelum memulakan pengisian tersebut. Dengan cara ini, ia akan memudahkan urusan peserta untuk mengisi data dengan cepat dan mudah

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 22 November 2022
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada para peserta tentang salah satu carian enjin yang sering digunakan iaitu Google. Memberi pendedahan dan menunjukkan cara-cara menggunakan carian enjin tersebut kepada para peserta untuk kemudahan mereka mencari maklumat tambahan untuk menyiapkan tugasan.

   
Aktiviti 

Para peserta diajar membuka carian enjin Google di komputer. Para peserta juga dibimbing untuk menggunakan carian enjin tersebut apabila ingin melayari maklumat untuk menyiapkan tugasan ebagainya. Selepas selesai kelas, peserta kelihatan gembira dengan pembelajaran baru kerana ianya dapat digunakan bila bila dan dimana sahaja dengan menggunakan carian enjin Google.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 15 November 2022
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang platform e-dagang terkini iaitu Tiktokshop dan cara menggunakan keywords yang penting. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pemasaran yang berkesan di atas talian menggunakan Tiktokshop . Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara mempromosikan produk secara efektif dengan menggunakan aplikasi Tiktokshop. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan Tiktokshop. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang e-dagang dalam Tiktokshop dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

GAMBAR DI SINI

Tarikh : 20 November 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta menggunakan kelebihan teknologi dengan betul iaitu membuat latihan secara permainan pendidikan. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menjawab soalan dengan pantas dan efektif. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia membantu peserta-peserta mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah

   
Aktiviti 

Peserta dibantu untuk membuka laman web permainan pendidikan di Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk menjawab semua soalan dengan masa yang diberikan. Peserta juga lebih cekap dalam menggunakan tetikus dengan betul. Di akhir kelas, peserta dapat menjawab semua soalan dengan mudah dan seronok

GAMBAR DI SINI