Tarikh : 22 Oktober 2022
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara yang mudah terjemah Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu menggunakan Google Translate. Membantu peserta menggunakan Google Translate dengan menunjukkan tutorial menggunakannya. 

   
Aktiviti 

Peserta diajar membuka laman web Google Translate di Google. Peserta juga dibimbing untuk memasukkan perkataan dalam Bahasa Inggeris lalu diterjemah ke Bahasa Melaysia untuk memudahkan urusan pembelajaran dan meningkatkan kosa kata BM. Selepas selesai kelas, peserta kelihatan gembira dengan pembelajaran baru kerana ianya dapat digunakan bila bila dan dimana sahaja dengan menggunakan Google Translate.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 21 Oktober 2022
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka Microsoft Powerpoint di dalam komputer. Selain itu, peserta juga didedahkan cara asas menggunakan Microsoft Powerpoint dan mencipta animasi  seperti yang diajar. Dengan adanya software ini , ia akan meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta dalam menggunakan Microsoft Powerpoint disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka software Microsoft Powerpoint di dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar untuk mencari gambar di dalam Google dan diedit di dalam Microsoft Powerpoint. Setelah selesai mengedit gambar, peserta diajar meletakkan animasi di setiap gambar tersebut untuk impak lagi menarik. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang Microsoft Powerpoint dan dapat digunakan untuk masa hadapan

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 15 Oktober 2022
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi PEDi Kg Layout
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang E-Tuisyen yang diadakan di PEDi Kg Lay Out. Membantu para peserta membuka link pembelajaran yang diberikan oleh guru. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan cara menaip nama, membuka kamera dan membuka suara di aplikasi Zoom.

 

   
Aktiviti 

Para peserta diberi pengenalan tentang aplikasi Zoom yang akan digunakan untuk sesi E-Tuisyen. Mereka diajar cara-cara menggunakan aplikasi Zoom seperti menaip nama, membuka kamera dan menaip di ruangan chat. Peserta dibimbing oleh petugas sehingga selesai sesi E-Tuisyen. Di akhir sesi E-Tuisyen, para peserta kelihatan seronok belajar dengan menggunakan teknologi yang canggih dan sekaligus dapat mengisi masa terluang dengan bermanfaat.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 20 Oktober 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka software Microsoft Word di dalam komputer. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Microsoft Word dengan betul. Dengan adanya software ini , ia akan memudahkan peserta untuk menghasilkan buku skrap sains dengan mudah dan menarik

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka software Microsoft Word di dalam komputer. Selain itu, peserta juga diajar untuk mencari bahan di Google sebagai rujukan untuk menghasilkan Buku Skrap Sains dengan cepat dan menarik. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menyiapkan tugasan persekolahan

GAMBAR DI SINI

Tarikh : 14 Oktober 2022
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang platform e-dagang terkini iaitu Tiktokshop dan cara menggunakan keywords yang penting. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pemasaran yang berkesan di atas talian menggunakan Tiktokshop . Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara mempromosikan produk secara efektif dengan menggunakan aplikasi Tiktokshop. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan Tiktokshop. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang e-dagang dalam Tiktokshop dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

 

GAMBAR DI SINI