Tarikh : 18 November 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang platform Pengiklanan dalam FB dan cara menggunakan keywords yang penting. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pemasaran yang berkesan di atas talian . Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara mempromosikan produk secara efektif dengan menggunakan Pengiklanan dalam FB. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan FB. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang Pengiklanan di dalam FB dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 12 November 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, suntingan slaid pembelajaran ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran mengedit dan menaip menggunakan Microsoft Powerpoint. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Powerpoint. Melalui pengeditan ini, peserta mampu untuk meningkatkan kreativiti dan kemahiran mengedit untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran pengeditan untuk kebaikan mereka

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 03 November 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada para peserta tentang salah satu carian enjin yang sering digunakan iaitu Google. Memberi pendedahan dan menunjukkan cara-cara menggunakan carian enjin tersebut kepada para peserta untuk kemudahan mereka menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya.

   
Aktiviti 

Para peserta diajar membuka carian enjin Google di komputer. Para peserta juga dibimbing untuk menggunakan carian enjin tersebut apabila ingin melayari maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah dans ebagainya. Selepas selesai kelas, para peserta kelihatan gembira dengan pembelajaran baru kerana ianya dapat digunakan bila bila dan dimana sahaja dengan menggunakan carian enjin Google.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 05 November 2022
Masa : 9.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, penulisan kerja kursus ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui penulisan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 23 Oktober 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang apakah itu teknologi maklumat secara umumnya. Menambahkan pengetahuan peserta tentang teknologi maklumat dan ICT. Selain itu, para peserta dibimbing untuk menjawab soalan kuiz selepas selesai kelas.

   
Aktiviti 

Memberi penerangan yang jelas apakah itu teknologi maklumat dan komunikasi dan memastikan peserta faham apakah itu teknologi maklumat. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz ICT secara atas talian.

GAMBAR DI SINI