PETA-PEDI

Kampung Lay Out Tok Saboh diberi nama dan memulakan pentadbiran secara rasmi melalui penubuhan dan perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pada 01 Februari 2005. Sebelum nama Kampung Lay Out Tok Saboh tercatat secara rasmi, beberapa nama telah dicadangkan seperti Kampung Baharu Beris Lampu, Kampung Lay Out Beris Lampu dan Kampung Baharu Tok Saboh. Akhirnya secara rasmi nama Kampung Lay Out Tok Saboh terpilih. Cetusan idea penubuhan ini lahir daripada pandangan jauh En. Rashid bin Jusoh yang melihat penduduk Kampung Lay Out Tok Saboh ini memerlukan pembelaan dan perhatian yang lebih khusus memandangkan 93.66 peratus penduduknya adalah terdiri daripada golongan miskin, buta huruf, bermasaalah dan daif. Selepas beberapa siri perbincangan bersama Pengerusi JKKK Kampung Alor Jejawi, Kampung Beris Lampu, Kampung Tok Saboh dan Pegawai Daerah Besut maka wujudlah sempadan rasmi pentadbiran Kampung Lay Out Tok Saboh seperti hari ini yang tersusun dan teratur. Penduduk asal kampung ini terdiri daripada pecahan penduduk Kampung Alor Jejawi, Kampung Tok Saboh dan Kampung Beris Lampu yang bersempadan dengan kampung ini. Peduduk kampung ini terdiri daripada petani, nelayan, peniaga, bekerja sendiri, kakitangan kerajaan dan swasta.

Demografi Penduduk Kg Layout Tok Saboh

 Jumlah Keluarga

 301 Buah

 Jumlah Penduduk Perempuan

 674 Orang

 Jumlah Penduduk Lelaki

 615 Orang

 Jumlah Keseluruhan Penduduk

 1289 Orang

Populasi Penduduk Mengikut Umur

 Pecahan Umur

 Jumlah

 61 Tahun Keatas

 96 Orang

 41-60 Tahun

250 Orang

 20-40 Tahun

436 Orang

 13-19 Tahun

238 Orang

 7-12 Tahun

139 Orang

 5 - 6 Tahun

54 Orang

 0 - 4 Tahun

76 Orang

Jumlah Penduduk Kg Layout Tok Saboh

1289 Orang

Populasi Penduduk Mengikut Kategori

 Kategori

 Bilangan

 Belia

 436 Orang

 Dewasa

 238 Orang

Warga Emas

 96 Orang

Ibu Tunggal

 63 Orang

Komposisi Penduduk Mengikut Etnik

Etnik               

     Peratusan

Melayu

 100%

Cina

 0%

Lain-lain

 0%

Komposisi Penduduk mengikut Pekerjaan

Jenis Pekerjaan

                 Peratusan                  

Perkhidmatan/Kerja Kampung

 50%

Berniaga

 40%

Kakitangan Kerajaan/swasta

 20%

Komposisi Penduduk Seisi Rumah

Kumpulan        

Bilangan Keluarga

 < Rm 530

 97

 RM 531 - RM 790

 78

 RM 791- RM 1,319

 86

 > RM 1,319

 40

Anggaran Purata Pendapatan : RM 600- RM 1000 Sebulan

Sumber : Pengerusi JKKK Kg Layout Tok Saboh dan Pejabat Dun Kuala Besut