Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang apakah itu teknologi maklumat secara umumnya. Menambahkan pengetahuan peserta tentang teknologi maklumat dan ICT. Selain itu, peserta dibimbing untuk menjawab soalan kuiz menggunakan aplikasi Quizizz secara atas talian untuk menguji tahap pemahaman peserta.

   
Aktiviti 

Memberi penerangan yang jelas apakah itu teknologi maklumat dan komunikasi dan memastikan peserta faham apakah itu teknologi maklumat. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz ICT dengan menggunakan aplikasi Quizizz. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 02 Februari 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memperkenalkan kepada peserta tentang kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer pada peringkat awal usia. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mengisi masa lapang dengan mengulangkaji pelajaran menggunakan Youtube pada hujung minggu. Dengan adanya aplikasi ini , ia akan membantu peserta mengulangkaji pelajaran secara seronok dan efektif.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas menggunakan tetikus dan menaip untuk mencari subjek yang hendak diulangkaji di aplikasi Youtube. Melalui cara ini, peserta tampak lebih bersemangat dan seronok belajar melalui Youtube. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang subjek persekolahan dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 17 Januari 2023
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta untuk membuka laman web spa.gov.my untuk tujuan mengemaskini maklumat setiap tahun. Selain itu, peserta juga didedahkan denga  fungsi dan cara mengemaskini maklumat menggunakan laman web tersebut . Dengan adanya kemudahan dan teknologi yang sedia ada di PEDi, peserta boleh mengakses dan mengemaskini maklumat dengan mudah dan cepat

   
Aktiviti 

Peserta dibantu untuk membuka mana web spa.gov.my untuk mengemaskini maklumat setiap tahun. Selain itu, peserta juga dipantau untuk mengemaskini maklumat diri, ibu-bapa/penjaga dan memilih bidang pekerjaan dengan betul. Di akhir kelas, peserta dapat mengemaskini maklumat di sistem SPA dengan mudah dan cepat dengan kelajuan Internet yang tinggi

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 20 Januari 2023
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang platform Pengiklanan dalam FB dan cara menggunakan keywords yang penting. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pemasaran yang berkesan di atas talian . Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara mempromosikan produk secara efektif dengan menggunakan Pengiklanan dalam FB. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan FB. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang Pengiklanan di dalam FB dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 13 Januari 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang mengisi e-pengambilan PDRM di Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk mendaftar dengan memasukkan ic dan kata laluan sebelum mengisi maklumat diri dan sebagainya . Dengan adanya teknologi sekarang, peserta lebih mudah mengakses Internet untuk mengisi sebarang pengambilan secara atas talian

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web e-pengambilan pdrm.rmp.gov.my dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar mendaftar untuk mengakses masuk ke laman sesawang tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi semua maklumat dan berjaya menghantar permohonan tersebut

GAMBAR DI SINI