Tarikh : 23 Disember 2022
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan tentang cara menghubungkan Whatsapp Web dari telefon ke komputer. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran teknologi maklumat dan menggunakan perisian komputer dengan baik. Dengan adanya kemudahan di PEDi ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat memudahkan urusan peserta untuk menyiapkan kerja/tugasan.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan Whatsapp Web dan fungsi-fungsi setiap menggunakannya untuk membuat sebarang tugasan. Melalui pengenalan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer di samping menambahkan ilmu pengetahuan dalam teknologi malumat dan komunikasi. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 22 Disember 2022
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang laman web Hellokids.com yang dapat digunakan oleh peserta untuk mewarna di atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat dalam teknologi sambil mengasah bakat peserta bermula di usia muda.

Petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara penggunaannya

   
Aktiviti 

Peserta boleh menggunakan laman web Hellokids.com untuk mewarna secara atas talian secara percuma dan peserta diajar cara cara untuk memilih kategori dan pilihan gambar yang menarik minat peserta untuk diwarnakan

Peserta diajar cara penggunaan Hellokids.com secara lebih mendalam. Ini dapat menarik minat peserta untuk belajar dan menjadi lebih kreatif dalam penggunaan teknologi

 

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 16 Disember 2022
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat memudahkan urusan peserta untuk menyiapkan kerja/tugasan.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui pengenalan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 17 Disember 2022
Masa : 2.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta cara mengedit animasi poster menggunakan aplikasi Canva. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai fungsi lain yang dapat membantu dalam pemasaran yang berkesan di atas talian. Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai.

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara mempromosikan produk iaitu mengedit animasi poster secara menarik untuk meningkatkan jualan. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan aplikasi Canva. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas cara menggunakan aplikasi tersebut dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 08 Disember 2022
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang pengurusan akaun perniagaan yang diusahakan. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pemasaran yang berkesan di atas talian . Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara menguruskan akaun perniagaan yang diusahakan. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan pengiklanan secara atas talian. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang pengiklanan secara atas talian dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

GAMBAR DI SINI