Tarikh : 09 Mac 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai teknik mengedit seperti mengedit poster untuk tujuan pemasaran dan sebagainya. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menambahkan ilmu dalam bidang menyunting dengan mudah dan cepat.

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan poster beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan poster yang diedit dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat sekaligus dapat menambahkan ilmu baharu.

GAMBAR DI SINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang kuiz Bahasa Melayu secara atas talian menggunakan aplikasi Quizizz. Menambahkan pengetahuan peserta tentang pemahaman Bahasa Melayu dengan menngunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua kuiz dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk mendaftar dan memasukkan kod sebelum memulakan kuiz. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang pemahaman Bahasa Melayu. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz tersebut dengan menggunakan aplikasi Quizizz. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

GAMBAR DI SINI

Tarikh : 02 Mac 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva dan kelebihan menyunting resume menggunakan templat yang disediakan di Canva. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menyunting dan menyiapkan resume dengan mudah dan cepat

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan resume beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 06 Mac 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang kelebihan membuka akaun Gmail seperti dapat memudahkan urusan kerja, penyimpanan dokumen, gambar dan sebagainya. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan fungsi-fungsi menggunakan akaun Gmail dengan betul. 

   
Aktiviti 

Peserta diajar membuka laman web Gmail di Google. Peserta juga dibimbing untuk mengisi maklumat seperti nama, username dan password sebelum membuat pendaftaran. Selepas selesai berdaftar, peserta didedahkan dengan cara penggunaan dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Gmail untuk memudahkan urusan

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 24 Februari 2023
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 18 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menghasilkan sabun basuh pinggan (Mes) dengan menggunakan bahan bebas kimia. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pemasaran yang berkesan di atas talian untuk menjual sabun tersebut. Dengan adanya bengkel seperti ini , ia akan memberi ilmu baharu kepada para peserta sekaligus memudahkan mereka untuk memasarkan produk agar lebih dikenali oleh orang ramai.

   
Aktiviti 

Peserta diajar cara membuat sabun basuh pinggan dengan menggunakan  bahan bebas kimia. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan pengiklanan secara atas talian. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang cara membuat sabun tersebut dan dapat memasarkan produk-produk mereka di platform seperti Tiktokshop, Shopee dan sebagainya dengan lebih mudah 

GAMBAR DI SINI