Tarikh : 21 Mei 2022
Masa : 03.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang pentingnya asas penjagaan kulit seawal remaja. Selain itu, para peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang tips penjagaan kulit, langkah-langkah penjagaan kulit dengan menggunakan produk yang betul dan mitos-mitos yang sering dikatakan tentang penjagaan kulit. Dengan adanya pendedahan seperti ini, peserta-peserta mendapat pemahaman yang mendalam tentang penjagaan kulit seawal remaja.

   
Aktiviti 

Peserta dibantu untuk membuka aplikasi Youtube dan mencari video-video yang berkaitan dengan asas penjagaan kulit dari sumber yang sahih. Para peserta diberikan masa selama beberapa minit untuk memahami video-video tersebut. Di akhir kelas, para peserta menjawab kuiz tentang video yang telah mereka fahami tersebut.

 

GAMBAR DI SINI