Tarikh : 16 April 2023
Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, penulisan kerja kursus ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui penulisan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 15 April 2023
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang laman web Hellokids.com yang dapat digunakan oleh peserta untuk mewarna di atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat dalam teknologi sambil mengasah bakat peserta bermula di usia muda.

Petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara penggunaannya

   
Aktiviti 

Peserta boleh menggunakan laman web Hellokids.com untuk mewarna secara atas talian secara percuma dan peserta diajar cara cara untuk memilih kategori dan pilihan gambar yang menarik minat peserta untuk diwarnakan

Peserta diajar cara penggunaan Hellokids.com secara lebih mendalam. Ini dapat menarik minat peserta untuk belajar dan menjadi lebih kreatif dalam penggunaan teknologi

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 10 April 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang kuiz pembelajaran atas talian di Google. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang definisi, kebaikan puasa dan sebagainya yang menjadi kewajiban untuk setiap muslim. Dengan adanya teknologi sekarang, peserta lebih mudah untuk menjawab kuiz di atas talian kerana ianya menarik dan sekaligus meningkatkan tahap kemahiran pelajar menggunakan tetikus

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web kuiz ramadhan iaitu Quizziz dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara memasukkan nombor untuk menjawab kuiz secara atas talian dengan percuma. Di akhir kelas, peserta dapat menjawab semua soalan dengan mudah dan seronok.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 15 April 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai teknik mengedit kad raya dengan templat templat menarik. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menambahkan ilmu dalam bidang menyunting dengan mudah dan cepat.

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan kad raya mereka. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan poster yang diedit dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat sekaligus dapat menambahkan ilmu baharu.

GAMBAR DI SINI

 

Tarikh : 06 April 2023
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat memudahkan urusan peserta untuk menyiapkan kerja/tugasan.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui pengenalan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan i

lmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

GAMBAR DI SINI