Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana bakul merdeka boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang mudah dan senang.

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan bakul merdeka di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara bakul merdeka dihasilkan menggunakan bahan bahan yang mudah didapati seperti kertas yang berwarna merah, biru, kuning dan putih, gunting serta gam. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana bakul merdeka boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan bahan tersebut. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja apabila melihat bakul merdeka yang cantik boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang mudah dan senang didapati.

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 14 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva dan kelebihan menyunting resume menggunakan templat yang disediakan di Canva. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di NADI, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menyunting dan menyiapkan resume dengan mudah dan cepat

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan resume beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat

 

GAMBAR DISINI

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang kuiz kemerdekaan secara atas talian menggunakan aplikasi wordwall. Menambahkan pengetahuan peserta tentang hari kemerdekaan dengan menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua kuiz dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk membuat carian wordwall di laman web Google sebelum memulakan kuiz. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan komputer. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz tersebut dengan menggunakan aplikasi wordwall. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 13 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang aplikasi canva dan cara menggunakan aplikasi tersebut. Peserta diajar cara mereka bentuk banner produk melalui aplikasi canva untuk menghasilkan gambar yang kreatif dan menarik minat para pelanggan.

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara membuat dan mereka bentuk banner dengan templat yang menarik secara mudah dengan menggunakan aplikasi Canva. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang penggunaan aplikasi Canva. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang aplikasi Canva dan dapat menggunakan ia sebagai satu medium penggunaan edit gambar, membuat banner dan banyak lagi secara mudah.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 10 Ogos 2024
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, aplikasi ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan laman web Google. Dengan adanya aplikasi ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga laman web Google. Melalui aplikasi ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran menaip walaupun masih awal dan boleh menaip denganpantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

 

GAMBAR DISINI