Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang uji minda Merdeka secara atas talian menggunakan aplikasi Wordwall. Menambahkan pengetahuan peserta tentang sejarah kemerdekaan Malaysia dengan menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua uji minda kemerdekaan dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk membuka aplikasi wordwall di enjin carian Google sebelum memulakan uji minda kemerdekaan. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan Malaysia. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab uji minda tersebut dengan menggunakan aplikasi Wordwall. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 09 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang platform e-dagang terkini iaitu Tiktokshop dan cara menggunakan keywords yang penting. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pemasaran yang berkesan di atas talian menggunakan Tiktokshop. Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai.

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara mempromosikan produk secara efektif dengan menggunakan aplikasi Tiktok Live. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan Tiktok Live. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang e-dagang dalam Tiktok Live dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

 

 GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 04 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang laman web thecolor.com yang dapat digunakan oleh peserta untuk mewarna di atas talian. Menarik perhatian peserta untuk lebih berminat dalam teknologi sambil mengasah bakat peserta bermula di usia muda. Petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara penggunaannya

   
Aktiviti 

Peserta boleh menggunakan laman web thecolor.com untuk mewarna secara atas talian secara percuma dan peserta diajar cara cara untuk memilih kategori dan pilihan gambar yang menarik minat peserta untuk diwarnakan sempena hari kemerdekaan. Peserta diajar cara penggunaan thecolor.com secara lebih mendalam. Ini dapat menarik minat peserta untuk belajar dan menjadi lebih kreatif dalam penggunaan teknologi

 

GAMBAR DISINI

 

 

Tarikh : 06 Ogos 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang laman web delima.edu.my. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang cara mencari website di carian Google sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti papan kekunci dan tetikus.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web delima.edu.my di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mengisi maklumat secara online dan cara menjawab kuiz serta menyelesaikan tugasan yang diperlukan. Dengan cara ini, ia akan memberi pengetahuan kepada para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 03 Ogos 2024
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang permainan puzzle atas talian di Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang kelebihan Internet sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti tetikus. Menerusi pertandingan ini, peserta dapat berdaya saing secara sihat dan bersemangat menyiapkan puzzle dalam masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web permainan puzzle di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mendaftar sebelum memulakan permainan tersebut. Dengan cara ini, ia akan menambahkan semangat dan sifat berdaya saing antara para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

 

GAMBAR DISINI