Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana menghasilkan susunan cawan yang stabil dengan menggunakan barang barang yang mudah didapati.

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan susunan cawan di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara menghasilkan susunan cawan yang tinggi dengan menggunakan bahan bahan seperti cawan, tali dan getah. Dengan adanya aktiviti ini, parapeserta dapat mengasah tahap pemikiran dan membentuk kerja berpasukan. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja apabila susunan cawan yang tinggi dan stabil dapat dihasilkan tanpa ada keruntuhan.

GAMBAR DISINI