Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana menghasilkan bangunan tinggi yang stabil dengan menggunakan barang barang yang mudah didapati.

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan bangunan yang tinggi di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara menghasilkan bangunan yang tinggi dengan menggunakan bahan bahan seperti spaghetti dan playdough. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana kestabilan bangunan yang tinggi dapat dihasilkan menggunakan bahan bahan tersebut. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja apabila bangunan yang tinggi dapat dihasilkan tanpa ada keruntuhan.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 19 Mac 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang platform pembelian terkini iaitu Pendaftaran Qr Code dan cara menggunakan aplikasi tersebut. Peserta diajar cara membuat Qr Code melalui aplikasi canva untuk menghasilkan Qr Code. Hal ini akan memudahkan para pembeli untuk membeli barangan secara terus tanpa perlu menyimpan nombor penjual.

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan salah satu cara membuat Qr Code secara efektif dengan menggunakan aplikasi Canva. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara mencipta Qr Code melalui aplikasi Canva. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang aplikasi Canva dan dapat menggunakan ia sebagai satu medium penggunaan edit gambar, pembayaran, pembelian dan banyak lagi secara mudah.

 

GAMBAR DISINI

 

 

Tarikh : 17 Mac 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi penerangan dan pengenalan tentang Kelas Usahawanan PEDi kepada peserta. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan Kelas Usahawan dan paltform E-Dagang iaitu Shopee. Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Peserta diberi taklimat dan pengenalan tentang Kelas Usahawan yang dianjurkan di PEDi. Peserta diajar tentang cara untuk mendaftar akaun Shopee sebagai penjual. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara memasukkan dan menambah produk di dalam aplikasi Shopee. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang Shopee dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

 

GAMBAR DISINI

 

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana menghasilkan susunan cawan yang stabil dengan menggunakan barang barang yang mudah didapati.

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan susunan cawan di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara menghasilkan susunan cawan yang tinggi dengan menggunakan bahan bahan seperti cawan, tali dan getah. Dengan adanya aktiviti ini, parapeserta dapat mengasah tahap pemikiran dan membentuk kerja berpasukan. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja apabila susunan cawan yang tinggi dan stabil dapat dihasilkan tanpa ada keruntuhan.

GAMBAR DISINI

Tarikh : 15 Mac 2024
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang



Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang laman web PADU. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang cara mencari website di carian Google sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti papan kekunci dan tetikus.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web PADU di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mengisi maklumat secara online. Dengan cara ini, ia akan memberi pengetahuan kepada para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

 

GAMBAR DISINI