Tarikh : 03 April 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai pilihan mindmap dengan templat templat menarik. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menambahkan ilmu dalam bidang mengedit dan menyunting dengan mudah dan cepat.

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta memilih dan menyiapkan kerja mereka. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan mindmap yang diedit dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat sekaligus dapat menambahkan ilmu baharu.

 

GAMBAR DISINI

 

 

 

Tarikh : 02 April 2024
Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web freepik.com di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan freepik.com. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai teknik mengedit kad raya dengan templat templat menarik. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menambahkan ilmu dalam bidang menyunting dan mencipta kad raya dengan mudah dan cepat.

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web freepik.com di carian Google. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan kad raya mereka. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan kad raya yang diedit dengan templat yang berada di dalam freepik.com dengan mudah dan cepat sekaligus dapat menambahkan ilmu baharu.

 

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana menghasilkan lastik kayu kraf dengan menggunakan barang barang yang mudah didapati.

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan bangunan yang tinggi di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara menghasilkan lastik kayu kraf dengan menggunakan bahan bahan seperti batang aiskrim, getah, penutup botol dan sebagainya. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana reka bentuk dan tenaga dapat dihasilkan menggunakan bahan bahan tersebut. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja dan mendapat ilmu yang baharu.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 26 Mac 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, menaip surat ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Word. Melalui ini juga, peserta boleh mencari contoh surat di laman web google dan meningkatkan kemahiran menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan dan kerja. Di akhir kelas, peserta dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip.

 

GAMBAR DISINI

 

 

Tarikh : 22 Mac 2024
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang laman web CIDB. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang cara mencari website di carian Google sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti papan kekunci dan tetikus.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web CIDB di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mengisi maklumat secara online. Dengan cara ini, ia akan memberi pengetahuan kepada para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

 

 GAMBAR DISINI