Tarikh : 13 Mei 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang laman web delima.edu.my. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang cara mencari website di carian Google sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti papan kekunci dan tetikus.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web delima.edu.my di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara mengisi maklumat secara online dan cara menjawab kuiz serta menyelesaikan tugasan yang diperlukan. Dengan cara ini, ia akan memberi pengetahuan kepada para peserta sekaligus meningkatkan kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

 

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang kuiz komputer secara atas talian menggunakan aplikasi wordwall. Menambahkan pengetahuan peserta tentang pemahaman perkakasan komputer dengan menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua kuiz dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk membuat carian wordwall di laman web Google sebelum memulakan kuiz. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang pengetahuan perkakasan komputer. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz tersebut dengan menggunakan aplikasi wordwall. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

 

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 09 Mei 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang kelebihan membuka akaun Gmail seperti dapat memudahkan urusan kerja, penyimpanan dokumen, gambar dan sebagainya. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan fungsi-fungsi menggunakan akaun Gmail dengan betul. 

   
Aktiviti 

Peserta diajar membuka laman web Gmail di Google. Peserta juga dibimbing untuk mengisi maklumat seperti nama, username dan password sebelum membuat pendaftaran. Selepas selesai berdaftar, peserta didedahkan dengan cara penggunaan dan fungsi-fungsi yang terdapat dalam Gmail untuk memudahkan urusan. Peserta juga diajar untuk membuka Gmail di telefon bagi memudahkan urusan pada masa hadapan. 

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 11 Mei 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan tentang cara menghubungkan Whatsapp Web dari telefon ke komputer. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran teknologi maklumat dan menggunakan perisian komputer dengan baik. Dengan adanya kemudahan di PEDi ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat memudahkan urusan peserta untuk menyiapkan kerja/tugasan.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan Whatsapp Web dan fungsi-fungsi setiap menggunakannya untuk membuat sebarang tugasan. Melalui pengenalan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer di samping menambahkan ilmu pengetahuan dalam teknologi malumat dan komunikasi. Di akhir kelas, peserta dapat menghubungkan Whatsapp dari telefon ke komputer dan boleh menyalin link yang berada di dalam Whatsapp ke komputer. 

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 07 Mei 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai pilihan templat templat menarik. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menambahkan ilmu dalam bidang mengedit dan menyunting serta pembentangan kerja dengan mudah dan cepat.

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta memilih dan menyiapkan kerja mereka. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan kerja pembentangan dengan menggunakan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat sekaligus dapat menambahkan ilmu baharu.

 

GAMBAR DISINI