Tarikh : 15 Januari 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva dan kelebihan menyunting resume menggunakan templat yang disediakan di Canva. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menyunting dan menyiapkan resume dengan mudah dan cepat

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan resume beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana kelopak bunga yang dilipat boleh terbuka apabila dimasukkan ke dalam air.

   
Aktiviti 

Peserta diberikan sekeping kertas gambar bunga untuk diwarnakan. Seterusnya, para peserta menggunting bunga tersebut mengikut bentuk bunga. Selepas itu, para peserta melipat kelopak bunga secara ke dalam dan masukkan bunga tersebut ke dalam besen yang berisi air. Para peserta membuat pemerhatian dalam masa beberapa minit.  Setelah beberapa minit, kelopak bunga tersebut mengembang dan menjadi bentuk bunga seperti asal dan ianya dipanggil "flower blooming". Hal ini kerana kertas diperbuat daripada gentian kecil (tiny fibers) dan ianya berfungsi untuk menyerap air dan mengembangkan bunga kertas apabila berada di dalam air. 

 GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang kuiz secara atas talian menggunakan aplikasi Quizizz. Menambahkan pengetahuan peserta tentang pemahaman Bahasa Melayu dengan menggunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua kuiz dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk mendaftar dan memasukkan kod sebelum memulakan kuiz. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang Bahasa Melayu. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz tersebut dengan menggunakan aplikasi Quizizz. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang kuiz Padanan Huruf secara atas talian menggunakan laman web Wordwall. Menambahkan pengetahuan peserta tentang pemahaman Matematik dengan menngunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua kuiz dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk mendaftar dan memasukkan kod sebelum memulakan kuiz. Dengan cara ini, ia dapat menarik minat peserta untuk membuat aktiviti tentang Padanan Huruf. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz tersebut dengan menggunakan laman web Wordwall. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 09 Januari 2024
Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang perbankan atas talian myBSN. Selain itu, peserta juga dibantu untuk mendaftar secara atas talian perbankan myBSN dengan mengisi maklumat kad bank dan sebagainya. Dengan adanya aplikasi myBSN, peserta lebih mudah untuk mengakses perbankan atas talian walau di mana sahaja 

   
Aktiviti 

Peserta dibantu untuk membuka laman web www.myBSN.com di Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mengisi semua maklumat berkaitan kad bank, maklumat diri dan sebagainyaDi akhir kelas, peserta berjaya mendaftar akaun myBSN untuk kegunaan bisnes dan sebagainya.

GAMBAR DISINI