Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan mengenai konsep ketegangan permukaan iaitu minyak dan glitter lebih ringan daripada air dan menyebabkan ia terapung di atas permukaan air.

 

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial dan memberi penerangan tentang ketegangan permukaan iaitu satu sifat air yang menghalang elemen-elemen luar manakala minyak mengurangkan ketegangan air menyebabkan air di dalam mangkuk bergerak ke luar dan membawa glitter bersama-sama dengannya.  Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja dan mendapat ilmu yang baharu.

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 21 Januari 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang platform e-dagang terkini iaitu Tiktokshop dan cara menggunakan keywords yang penting. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara pendaftaran platform Tiktok personal dan Tiktokshop. Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan cara untuk mendaftar Tiktok dengan menggunakan aplikasi Tiktok. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan menggunakan Tiktokshop. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang e-dagang dalam Tiktokshop dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 17 Januari 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka aplikasi pembelajaran di carian Google menggunakan laman web poki.com. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta dalam mengasah softskill dalam menguji minda peserta. 

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka aplikasi pembelajaran di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk menyusun 'block' dan menggunakan laman web tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat mengasah softskill dengan menguji minda.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 19 Januari 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 14 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang mewarna online atas talian di Google menggunakan tablet. Selain itu, peserta juga dibantu untuk menambahkan pengetahuan tentang kelebihan Internet dan mewarna online sekaligus meningkatkan kemahiran menggunakan perisian komputer seperti tablet. Menerusi pertandingan ini, peserta dapat berdaya saing secara sihat dan bersemangat menyiapkan mewarna bersama-sama.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web mewarna online di Google dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar cara untuk mewarna secara online. Dengan cara ini, ia akan menambahkan semangat dan sifat berdaya saing antara para peserta sekaligus meningkatakn kemahiran dalam menggunakan perisian komputer.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 16 Januari 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, aplikasi ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan laman web Google. Dengan adanya aplikasi ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga laman web Google. Melalui aplikasi ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

GAMBAR DISINI