Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana kelopak bunga yang dilipat boleh terbuka apabila dimasukkan ke dalam air.

   
Aktiviti 

Peserta diberikan sekeping kertas gambar bunga untuk diwarnakan. Seterusnya, para peserta menggunting bunga tersebut mengikut bentuk bunga. Selepas itu, para peserta melipat kelopak bunga secara ke dalam dan masukkan bunga tersebut ke dalam besen yang berisi air. Para peserta membuat pemerhatian dalam masa beberapa minit.  Setelah beberapa minit, kelopak bunga tersebut mengembang dan menjadi bentuk bunga seperti asal dan ianya dipanggil "flower blooming". Hal ini kerana kertas diperbuat daripada gentian kecil (tiny fibers) dan ianya berfungsi untuk menyerap air dan mengembangkan bunga kertas apabila berada di dalam air. 

GAMBAR DISINI