Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana menghasilkan belon mengembang sendiri tanpa perlu meniup atau menggunakan pam angin. 

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan belon yang mengembang sendiri di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara menghasilkan belon yang mengembang sendiri dengan menggunakan bahan bahan yang mudah didapati seperti cuka, soda bikarbonat, botol dan belon. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana belon mengembang dengan sendiri boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan bahan tersebut. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja apabila melihat belon mengembang sendiri tanpa perlu menggunakan pam angin atau meniup secara manual.

GAMBAR DISINI