Tarikh : 02 Jun 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta untuk membuka pautan ezbizz.com.my di laman web Google . Selain itu, peserta juga diajar cara memasukkan nama pengguna dan kata laluan yang betul untuk masuk ke dalam pautan tersebut. Peserta juga didedahkan dengan fungsi dan pembaharui lesen SSM dan sebagainya dengan memasuki pautan ezbizz.com.my

   
Aktiviti 

Peserta dibantu untuk melayari pautan ezbizz.com.my di Google. Para peserta juga diajar untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan untuk masuk ke pautan tersebut. Di akhir kelas, peserta berjaya perbaharui lesen SSM secara atas talian dan mendapat lesen tersebut selepas beberapa minit melalui email.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 01 Jun 2024
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka aplikasi permainan di carian Google menggunakan laman web wordwall. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta dalam mengasah softskill dalam menguji minda peserta. 

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka aplikasi permainan di carian Google. Selain itu, peserta juga dipantau untuk bermain permainan menguji minda dan menggunakan laman web tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat mengasah softskill dengan menguji minda dan menguji tahap pemahaman masing masing.

 

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang bagaimana roket bergerak dengan menggunakan barang barang yang mudah didapati.

   
Aktiviti 

Para petugas membuka tutorial menghasilkan roket bergerak di Youtube. Seterusnya, para petugas menunjukkan cara cara menghasilkan roket bergerak dengan menggunakan bahan bahan seperti kertas, tali, straw, gunting, salotap dan botol. Selain itu, para petugas juga menerangkan bagaimana roket bergerak dihasilkan dengan menggunakan bahan bahan tersebut. Di akhir kelas, para peserta kelihatan teruja dan mendapat ilmu yang baharu.

 

GAMBAR DISINI

Tarikh : 26 Mei 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Membantu peserta membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diterangkan cara asas menggunakan Canva dan kelebihan menyunting resume menggunakan templat yang disediakan di Canva. Dengan adanya kemudahan komputer dan capaian Internet di PEDi, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat membantu peserta menyunting dan menyiapkan resume dengan mudah dan cepat

   
Aktiviti 

Peserta diajar untuk membuka laman web Canva di carian Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mendaftar sebelum mengakses dan menggunakan laman web tersebut. Peserta juga didedahkan dengan templat-templat yang sudah tersedia untuk peserta menyunting dan menyiapkan resume beliau. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan resume dengan templat yang berada di dalam Canva dengan mudah dan cepat

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 21 Mei 2024
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : NADI Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi penerangan dan pengenalan tentang pemasaran secara digital terhadap para peserta yang hadir. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan Kelas Usahawan dan platform E-Dagang iaitu Shopee. Dengan adanya platform ini , ia akan memudahkan para peserta untuk memasarkan produk mereka agar lebih dikenali oleh orang ramai

   
Aktiviti 

Para peserta diberi taklimat dan pengenalan tentang Usahawan PEDi dan Kelas Usahawan yang dianjurkan di PEDi. Selain itu, peserta juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pemasaran yang berkesan di Shopee dengan adanya aplikasi tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat pengetahuan yang jelas tentang Shopee dan dapat memasarkan produk-produk mereka dengan lebih mudah.

 

GAMBAR DISINI