Tarikh : 20 Ogos 2023
Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan definisi Stem IoT. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan menjadi seorang celik IT disamping dapat memudahkan peserta untuk membuat sebarang urusan berkaitan komputer dan Internet.

   
Aktiviti 

Peserta diberi pendedahan awal tentang apakah yang dimaksudkan dengan Stem Iot. Selain itu, peserta juga diterangkan kepentingan dan kebaikan Stem Iot terhadap kehidupan seharian. Melalui pengenalan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan tetikus dan papan kekunci. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang Stem Iot untuk kebaikan mereka.

 

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang E-Tuisyen yang diadakan di PEDi Kg Lay Out. Membantu para peserta membuka link pembelajaran yang diberikan oleh guru. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan cara menaip nama, membuka kamera dan membuka suara di aplikasi Zoom.

   
Aktiviti 

Para peserta diberi pengenalan tentang aplikasi Zoom yang akan digunakan untuk sesi E-Tuisyen. Mereka diajar cara-cara menggunakan aplikasi Zoom seperti menaip nama, membuka kamera dan menaip di ruangan chat. Peserta dibimbing oleh petugas sehingga selesai sesi E-Tuisyen. Di akhir sesi E-Tuisyen, para peserta kelihatan seronok belajar dengan menggunakan teknologi yang canggih dan sekaligus dapat mengisi masa terluang dengan bermanfaat.

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 14 Ogos 2022
Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang perbankan atas talian myBSN. Selain itu, peserta juga dibantu untuk mendaftar secara atas talian perbankan myBSN dengan mengisi maklumat kad bank dan sebagainya. Dengan adanya aplikasi myBSN, peserta lebih mudah untuk mengakses perbankan atas talian walau di mana sahaja 

   
Aktiviti 

Peserta dibantu untuk membuka laman web www.myBSN.com di Google. Selain itu, peserta juga diajar untuk mengisi semua maklumat berkaitan kad bank, maklumat diri dan sebagainyaDi akhir kelas, peserta berjaya mendaftar akaun myBSN untuk kegunaan bisnes dan sebagainya

 

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 16 Ogos 2023
Masa : 10.30 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada para peserta tentang Interview Skills melalui kelas secara atas talian. Selain itu, peserta juga diterangkan cara berpakaian, komunikasi, filing fail dan sebagainya. Dengan adanya kelas seperti ini, para peserta dapat menambahkan pengetahuan am tentang tips sebelum menghadiri sesi temuduga. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu para peserta bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum ke sesi temuduga.

   
Aktiviti 

Peserta didedahkan dengan Interview Skills melalui aplikasi Zoom. Selain itu, peserta juga dapat ilmu baharu tentang tips dan kemahiran yang perlu ada sebelum menghadiri sebuah temuduga.  Melalui kelas ini, para peserta mampu untuk bersedia dari segi mental dan fizikal akan pertanyaan yang akan ditanyakan oleh pihak penemu duga

 

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang kuiz Bahasa Melayu secara atas talian menggunakan aplikasi Quizizz. Menambahkan pengetahuan peserta tentang pemahaman Matematik dengan menngunakan aplikasi tersebut. Selain itu, peserta dibimbing untuk menyelesaikan semua kuiz dengan masa yang diberikan.

   
Aktiviti 

Peserta dibimbing untuk mendaftar dan memasukkan kod sebelum memulakan kuiz. Dengan cara ini, ia dapat menggalakkan peserta untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang pemahaman Bahasa Melayu. Para peserta juga dibantu oleh petugas untuk menjawab kuiz tersebut dengan menggunakan aplikasi Quizizz. Peserta kelihatan bersemangat dan seronok.

GAMBAR DISINI