Tarikh : 11 Oktober 2023
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 6 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal tentang maksud STEM iaitu Science Technology Engineering & Mathematic. Selain itu, peserta juga diterangkan aplikasi pembelajaran Sains & Matematik dalam kehidupan seharian. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan menjadi seorang celik IT disamping dapat melahirkan individu yang berfikiran kreatif dan maju.

   
Aktiviti 

Petugas menunjukkan cara-cara menjalankan Walking Water Experiment di Youtube. Setelah itu, petugas memberikan arahan kepada peserta satu per satu. Selepas selesai eksperimen dijalankan, petugas menerangkan kaitan antara eksperimen tersebut dengan Sains. Para peserta kelihatan teruja dan dapat belajar sesuatu yang baharu. Eksperimen tersebut berjaya memberikan impak yang positif kepada para peserta.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 08 Oktober 2023
Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan kepada peserta tentang mengisi e-pengambilan PDRM di Google. Selain itu, peserta juga dibantu untuk mendaftar dengan memasukkan ic dan kata laluan sebelum mengisi maklumat diri dan sebagainya . Dengan adanya teknologi sekarang, peserta lebih mudah mengakses Internet untuk mengisi sebarang pengambilan secara atas talian

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang laman web e-pengambilan pdrm.rmp.gov.my dan kegunaan laman web tersebut. Selain itu, peserta juga diajar mendaftar untuk mengakses masuk ke laman sesawang tersebut. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi semua maklumat dan berjaya menghantar permohonan tersebut

GAMBAR DISINI

 

Tujuan 

Memberi pengenalan kepada peserta tentang E-Tuisyen yang diadakan di PEDi Kg Lay Out. Membantu para peserta membuka link pembelajaran yang diberikan oleh guru. Selain itu, para peserta juga didedahkan dengan cara menaip nama, membuka kamera dan membuka suara di aplikasi Zoom.

   
Aktiviti 

Para peserta diberi pengenalan tentang aplikasi Zoom yang akan digunakan untuk sesi E-Tuisyen. Mereka diajar cara-cara menggunakan aplikasi Zoom seperti menaip nama, membuka kamera dan menaip di ruangan chat. Peserta dibimbing oleh petugas sehingga selesai sesi E-Tuisyen. Di akhir sesi E-Tuisyen, para peserta kelihatan seronok belajar dengan menggunakan teknologi yang canggih dan sekaligus dapat mengisi masa terluang dengan bermanfaat.

GAMBAR DISINI

 

Tarikh : 04 Oktober 2023
Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, penulisan kerja kursus ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan Microsoft Powerpoint. Dengan adanya software ini , ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan ICT disamping dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer dan juga Microsoft Powerpoint. Melalui penulisan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan menaip dengan pantas untuk menyiapkan tugasan. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT dan mempertingkatkan kemahiran menaip untuk kebaikan mereka

GAMBAR DISINI