REMAJA CELIK IT 

Nama : Norsuhada Binti Mohd Sabri
Umur : 19 Tahun
Ahli : Mei 2022

 

Latar belakang

Norsuhada Binti Mohd Sabri berumur 19 tahun merupakan remaja yang mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Lay Out pada 16 Mei 2022.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan beliau di PEDi, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Beliau mengambil pendekatan dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Lay Out dan menyertai kelas-kelas seperti Kelas ICT, Kelas Mengenal Komputer dan sebagainya yang dianjurkan oleh PEDi Kg Lay Out bersama para peserta yang lain.

Beliau diberi pendedahan dan diajarkan tentang setiap perkakasan komputer dan fungsi-fungsi setiap perkakasan tersebut semasa mengikuti kelas-kelas di PEDi.

Beliau juga diajarkan cara untuk memegang tetikus komputer yang betul dan juga perkakasan komputer yang lain. Untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan tetikus dengan betul, petugas menggunakan kaedah clik & drag melalui puzzle online.

Beliau juga diberikan pendedahan tentang pengenalan asas Google dan cara penggunaan Google dalam mendapatkan sesuatu maklumat dan mengisi maklumat secara atas talian. Beliau juga dibimbing dalam suntingan resume dengan menggunakan aplikasi Canva.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas Suhada mengikut kelas-kelas yang dianjurkan, terdapat beberapa peningkatan dari segi aspek penggunaan perkakasan ICT dengan betul.

  • Beliau juga sudah mahir dalam menggunakan tetikus dengan betul dan mahir menaip dalam Microsoft Office Word serta mengetahui fungsi setiap tools dalam Microsoft Office Word.
  • Beliau juga mahir dalam pengunaan Google dalam mencari maklumat dan juga mahir dalam menggunakan aplikasi Canva dalam membuat resume yang menarik setelah beliau selesai mengikuti Kelas Resume menggunakan Canva.

Walaupun Suhada telah menguasai banyak pengetahuan ICT, beliau tetap berkunjung ke PEDi Kg Lay Out bagi mendalami lebih banyak lagi pengetahuan ICT yang lain. Beliau juga aktif dalam menyertai program dan pertandingan yang diadakan di PEDi.

 

 

WANITA CELIK IT 

Nama : Rahayu Binti Ahmad Ayuha
Umur : 42 tahun
Ahli : Mei 2022

 

Latar belakang

Puan Ayu yang berumur 42 tahun merupakan seorang suri rumah yang mendaftar menjadi Ahli PEDi Kg Lay Out pada Mei 2022.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Ayu merupakan seorang suri rumah yang berumur 42 tahun dan tidak mempunyai kedai secara atas talian. Beliau mengambil pendekatan untuk berniaga secara atas talian melalui platform Shopee dengan mendaftar menjadi Usahawan PEDi Kg Lay Out dan menyertai Kelas Keusahawanan PEDi bersama para peserta yang lain. Dalam Kelas Keusahawanan, beliau diberi pendedahan dan diajarkan tentang cara mendaftar akaun Shopee, membina kedai Shopee, memuatnaik produk di Shopee dan setiap fungsi pemasaran di Shopee. Beliau juga belajar cara untuk meningkatkan jumlah pengikut di kedai Shopee dan juga membuat dekorasi kedai Shopee sendiri. Untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam Shopee, beliau diajar cara dan teknik menjual di Shopee dengan menggunakan fungsi pemasaran yang ada di Shopee Seller Centre.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah Puan Ayu datang belajar di PEDi Kg Lay Out, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari segi aspek ilmu pengetahun tentang perniagaan online di Shopee. Beliau juga makin mahir dalam menggunakan fungsi-fungsi pemasaran di shopee terutamanya Shopee Ads.

Walaupun beliau telah menguasai banyak tentang perniagaan di Shopee, Puan Ayu tetap berkunjung ke PEDi Kg Lay Out bagi mendalami lebih banyak lagi teknik untuk meningkatkan jualan di Shopee. 

 

1. USAHAWAN KECIL PRODUK KECANTIKKAN DAN KESIHATAN 

Nama : Wannorbaini Binti Wanyusoff
Umur : 48 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Puan Wannorbaini usahawan kecil produk kecantikkan dan kesihatan di daerah Kampung Lay Out Kuala Besut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Puan Wannorbaini merupakan usahawan kecil iaitu menjual semula produk kecantikkan dan kesihatan women desiree. Kebiasaannya, beliau mengiklankan dan memasarkan produk yang perlu dijual melalui platform e-dagang facebook dan juga Tiktok. Cara pemasaran di dalam facebook juga beliau hanya menggunakan post product yang biasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau sedar tentang kepentingan pemasaran yang berkesan dan juga kepentingan untuk memasarkan produk di pelbagai platform e-dagang bagi menarik lebih ramai pembeli, beliau berkunjung ke PEDi Kg Layout bagi mempelajari teknik pamasaran yang lebih berkesan, iaitu cara pemasaran/pengiklanan di dalam facebook dan juga cara membuka akaun shopee iaitu platform yang mempunyai lebih ramai potensi pembeli. Terdapat banyak cara pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, membuka akaun shopee, cara memasarkan produk di dalam shopee, cara membuat facebook ads, cara menggunakan kata kunci 'keywords' yang mampu menambah aliran pengunjung ke kedai atas talian beliau. Potensi pengunjung yang masuk ke kedai atas talian beliau semakin meningkat dan secara tidak langsung mampu menambahkan lebih banyak pembeli. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PEDi Kg Layout, beliau mampu memasarkan produk di platform e dagang yang terbaru iaitu shopee dan juga mendapat lebih ramai pengunjung di Facebook beliau.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT dan ilmu pemasaran, Puan Wannorbaini tetap berkunjung ke PEDi Kg Layout bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT dan pemasaran yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain untuk pekerjaannya.

 

WhatsApp-Image-2022-04-29-at-3.56.09-PM

 

 

2. USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN 

Nama : Norsyafiqah Najihah binti Abd Wahab
Umur : 27 tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Cik Syafiqah usahawan kecil produk makanan di Kampung Beris Lampu, Kuala Besut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Cik Syafiqah merupakan usahawan kecil produk makanan yang dibuat sendiri dari rumah seperti chocojar, cookies dan beberapa alatan membuat kuih. Kebiasaannya, beliau mengiklankan dan memasarkan produk yang perlu dijual melalui platform e-dagang shopee. Cara pemasaran di dalam shopee juga beliau hanya menggunakan boost product yang biasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sedar akan kepentingan pemasaran yang berkesan bagi menarik pembeli melalui shopee dan facebook beliau berkunjung ke PEDi Kg Layout bagi mempelajari teknik pamasaran yang lebih berkesan, iaitu cara pemasaran/pengiklanan di dalam facebook dan shopee dengan lebih baik. Terdapat banyak cara pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, facebook ads, cara menggunakan kata kunci 'keywords' yang mampu menambah aliran pengunjung ke kedai atas talian beliau. Potensi pengunjung yang masuk ke kedai atas talian beliau semakin meningkat dan secara tidak langsung mampu menambahkan lebih banyak pembeli. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di PEDi Kg Layout, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian secara berkesan.

Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT dan ilmu pemasaran, Cik Syafiqah tetap berkunjung ke PEDi Kg Layout bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT dan pemasaran yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain untuk pekerjaannya.

WhatsApp-Image-2022-04-29-at-3.30.18-PM

 

 

 

CELIK IT BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Mikail @ Mikail Bin R Azmi
Umur : 13 tahun
Ahli : 2022

Latar belakang

Adik Mikail tidak mempunyai kemudahan internet dan komputer di rumah beliau. Beliau yang kurang kemudahan di kediaman sendiri menyebabkan kurangnya pendedahan beliau terhadap aktiviti berkaitan ICT. Dengan tertubuhnya Pusat Ekonomi Digital Kg Layout yang berdekatan dengan tempat kediaman beliau, sebarang urusan berkaitan internet dan kegunaan komputer beliau dapat gunakan disini. Beliau adalah antara ahli PEDi kg Layout yang terawal berdaftar untuk berkunjung dan menggunakan kemudahan yang disediakan di Pedi ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatannya di PEDi, Adik Mikail tidak tahu cara menggunakan komputer, tidak fasih tentang alatan komputer dan internet serta kemudahan untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak juga jauh dari kediaman beliau. Pada permulaan  adik mikail menggunakan kemudahan di PEDi kg Layout beliau perlu dibantu dalam cara cara menggunakan komputer dan banyak merujuk cara penggunaan komputer kepada petugas PEDi. Beliau juga tidak fasih dalam pengetahuan tentang peralatan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Petugas telah membuat kelas dan latihan kepada peserta mengenai pengetahuan asas ict seperti kelas perkakasan komputer/PC hardware, kelas belajar menaip dan banyak lagi. Dengan menyertai latihan dan kelas yang disediakan beliau dapat menggunakan komputer dengan lebih cekap dan dapat menaip dengan lebih baik. Adik Mikail juga kini lebih mengenali tentang perkakasan komputer dan fungsi perkakasan tersebut.

WhatsApp-Image-2022-04-29-at-11.30.33-AM

 

WANITA CELIK IT 

Nama

: Siti Noor Aishah Binti Abdul Aziz

Umur

: 36 tahun

Ahli

: 30 Mei 2022

 

Latar belakang

Puan Siti yang berumur 36 tahun merupakan Ahli PEDi Kg Layout yang telah mendaftar sebagai ahli pada 30 Mei 2022. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau merupakan suri rumah berumur 36 tahun dan tiada kemahiran asas tentang ICT. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam menggunakan perkakasan komputer dan ICT. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar ICT dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan. Dalam kelas-kelas tersebut, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menggunakan perkakasan komputer dengan betul. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan Microsoft Office Word dengan betul.

Selain itu juga, beliau juga menyertai Kelas Keusahawanan di PEDi Kg Layout kerana ingin belajar cara memasarkan produk beliau secara atas talian seperti di aplikasi Shopee dengan lebih efisien dan meningkatkan pendapatan bulanan beliau. Produk beliau yang ingin diketengahkan ialah kek dan biskut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah Puan Siti datang belajar di PEDi Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari aspek penggunaan perkakasan komputer dengan betul dan kemahiran menaip. Selain itu, beliau juga cekap dalam mengisi borang-borang di atas talian seperti Bantuan I-Fitri, Rumah Mampu Milik, Perbaharui Lesen SSM dan sebagainya. Dari segi bisnes pula, beliau mendapat banyak pesanan daripada pelbagai negeri  untuk tempahan kek dan biskut yang dijual di Shopee hasil dari Kelas Keusahawan di PEDi Kg Layout. Beliau berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat beliau untuk terus hadir ke PEDi Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahawanan pada masa akan datang