USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN 

Nama : Haslinda Binti Mat Hasan
Umur : 44 tahun
Ahli : 22 Ogos 2022

 

Latar belakang

Puan Haslinda seorang usahawan dan pengasas kepada produk Anggun Serapat Coffee merupakan ahli PEDi Kg Layout berusia 44 tahun. Beliau mula berminat untuk mengikuti kelas di PEDi setelah mengikut seorang rakannya yang juga ahli PEDi Kg Layout

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau merupakan usahawan dan founder berumur 44 Tahun yang bersemangat kental untuk mengubah nasib diri dan berjaya. Beliau hanya ada sedikit kemahiran asas tentang platform online. Pada permulaannya, beliau tidak mahir dalam perniagaan di atas talian. Beliau mengambil inisiatif untuk belajar tentang shopee dengan mendaftar sebagai Ahli PEDi Kg Layout dan menyertai kelas-kelas yang telah dianjurkan. Dalam kelas-kelas tersebut, beliau diberi pendedahan dan diajarkan cara menjual didalam Shopee dengan lebih terperinci. Dengan adanya kelas-kelas tersebut, ianya mampu meningkatkan kemahiran beliau dalam memajukan perniagaan beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 

Setelah Puan Haslinda datang belajar di PEDi Kg Layout, terdapat beberapa perubahan yang baik dan peningkatan dari aspek penggunaan platform jualan di atas talian dan kemahiran dalam menggunakan platform tersebut. Dari segi perniagaan pula, beliau mendapat banyak ilmu perniagaan secara percuma yang disediakan oleh pihak PEDi. Dengan kemudahan disediakan beliau kini lebih semangat untuk berniaga kerana berniaga secara online dapat menjana pendapatan yang lebih memberangsangkan. Beliau berasa sungguh gembira dan menyatakan hasrat beliau untuk terus hadir ke PEDi Kg Layout dan terus menambahkan ilmu pengetahuan dari segi ICT dan Keusahawanan pada masa akan datang