Tarikh : 23 Februari 2024
Masa : 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : PEDi Kg Layout
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian komputer kepada peserta. Selain itu, kelas ini juga dapat membantu peserta untuk mempertingkatkan kemahiran menaip menggunakan tetikus dan papan kekunci. Menerusi kelas ini, ia akan memberi pendedahan terhadap peserta tentang kelebihan menjadi seorang celik IT disamping dapat memudahkan peserta untuk membuat sebarang urusan berkaitan komputer.

   
Aktiviti 

Peserta diberi penerangan tentang asas penggunaan komputer dan fungsi-fungsi setiap ikon yang terdapat dalam perisian komputer. Melalui pengenalan ini juga, peserta mampu untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan tetikus dan papan kekunci. Di akhir kelas, peserta dapat mengisi masa lapang dengan  perkara berfaedah iaitu menambahkan ilmu pengetahuan tentang ICT untuk kebaikan mereka.

 

GAMBAR DISINI